Program CSR CICT (Bangsa Johor Bahagia)
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah terlibat dengan projek CSR (Bangsa Johor Bahagia) di bawah tajaan Yayasan Raja Zarith Negeri Johor & Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama UTM yang diketuai oleh Prof Dr Rose Alinda Binti Alias.
Program secara berkala ini diadakan selama empat (4) bulan iaitu bermula dari bulan Oktober 2018 hingga Januari 2019. Antara aktiviti yang dijalankan oleh CICT adalah seperti berikut :
Pengajar (bidang ICT seperti penggunaan software, baikpulih komputer/handphone dll)
- Internet Marketing
- Laman web
- Sosial Media
- Pereka Dalaman Kiosk IT Hub
- Lain-lain yang berkaitan dan bersesuaian.
Projek CSR (Bangsa Johor Bahagia) pertama yang dijalankan oleh CICT adalah pada 6 Oktober 2018 dan telah diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Pangsapuri Kangkar Pulai, Perbadanan Kenari dan di Bilik Latihan, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru.
Semua warga CICT telah melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam program CSR (Bangsa Johor Bahagia).
Selain daripada CICT, beberapa PTJ UTM juga turut serta mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Penglibatan dalam program ini akan menyumbang kepada markah Penilaian Prestasi Tahun 2018 dan layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Khidmat Masyarakat peringkat CICT & UTM serta mendapat Sijil Penghargaan dari Kerajaan Negeri Johor.
Recent Comments