DDMS 2.0 dibangunkan mengikut kriteria pengurusan rekod elektronik sepertimana yang ditetapkan MS ISO 16175-2:2012 Information and Documentation – Principles and functional requirements for records in electronic office environments – Part 2: Guidelines and functional requirements for digital records management systems. Kriteria ini memastikan DDMS setanding dengan sistem pengurusan rekod elektronik yang menepati standard piawaian antarabangsa.
Keseluruhan kitaran hayat rekod bermula dari pewujudan, penggunaan dan penyelenggaraan serta pelupusan rekod dapat diuruskan melalui sistem ini. Pengguna boleh mengakses fail kerajaan, membuat carian, meminitkan arahan, memajukan kepada pegawai bertanggungjawab, menyemak status tindakan, memuat turun kandungan dan sebagainya dengan DDMS. Kesemua tindakan pengguna juga akan direkodkan melalui jejak audit yang lengkap.