Tentang Saya

Diberi nama Mohammad Azhari Bin Abdul Rahman oleh kedua-dua ibubapaku. dilahirkan dan membesar di Kampung Parit Lama, Pontian, Johor. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Kudus dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat Pontian.

Allah mempermudahkan rezeki saya apabila diterima masuk bekerja di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM JB pada tahun 2011 sebagai Juruteknik Komputer. Pada 2014, Alhamdulillah UTM terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memeganga jawatan sebagai Penolong Teknologi Maklumat sehingga sekarang. Dan pada tahun 2017, saya meneruskan khidmat saya di Pusat Penyelidikan UTM Pagoh sehingga sekarang.

Setelah tamat belajar di SMKDPB, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu dalam bidang Teknologi Maklumat selama 3 tahun.

Mengenai keluarga kecil saya pula, saya mempunyai seorang isteri iaitu Zulaikha Sarobo yang merupakan penyelidik di UTM Pagoh. Saya mempunyai 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan yang comel. Anak sulung bernama Ammar Yusuf. Kedua bernama Umar Zuhair dan yang bongsu Maryam Hana.