Trip Bangkok kami adalah pada 31 Januari hingga 2 Februari 2015 sempena lawatan ke Universiti di Bangkok.

Bangkok, (Bahasa ThaiKrung ThepKrung Thep Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok mempunyai kepadatan penduduk lebih daripada 8 juta, bersamaan dengan 12.6 peratus daripada penduduk negara ini. Lebih dari 14 juta orang (22.2 peratus) tinggal di sekitar wilayah Metropolitan Bangkok menjadikan Bangkok sebuah bandar raya primat, dengan ketara mengerdilkan pusat bandar Thailand yang lain dari segi kepentingannya.

Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.