Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai, dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar.  Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta apijalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politikpendidikan, dan budaya Republik Rakyat China,   manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomiBeijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuiltembok batu, dan gapuranyaTiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara.  Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China.  Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama.   Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai “salah satu bandar raya yang terunggul di dunia”,  dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.