Korea  ialah sebuah kawasan geografi, dan tamadun yang terdapat di Semenanjung Korea di Asia Timur, bersempadan dengan China di barat laut, dengan Rusia di timur laut, dan dengan Jepun di sebelah tenggara di seberang Selat Korea.

Korea merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia, dengan sejarah yang bermula sejak penubuhan Gojoseon pada 2333 SM, oleh Dangun Wanggeom. Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem tulisan Cina (dipanggil hanja dalam bahasa Korea), agama Buddha dan aspek-aspek budaya lain daripada China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea. Mereka kemudiannya mengeksport aspek budaya ini kepada Jepun, membantu negara itu untuk beralih ke sistem yang bertamadun.

Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia mendapat nama gelaran “Kerajaan Pertapa”. Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.

Pada 1945, tentera Soviet dan A.S. masing-masing mula menduduki kawasan utara dan selatan Korea. Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing. Perkara ini menyebabkan pembahagian Korea kepada dua; Korea Utara yang diperintah rejim komunis dan Korea Selatan, sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.

 

 

Nami Island berasal dari seorang bangsawan keturunan raja yg sangat terkenal bernama Jeneral Nami.  Sejak kecil lagi beliau amat terkenal dan amat disegani di kalangan bangsawan mahupun rakyat.. Disebabkan iri hati dengan kehebatannya, musuhnya telah menfitnahnya sehingga menyebabkan Jeneral Nami dibuang negeri..

Beliau telah hidup di sebuah pulau itu sehingga mati. Selepas kematiannya, barulah pihak Istana dapat tahu yang Jeneral Nami tidak bersalah dan difitnah, waktu itu sudah terlambat kerana beliau sudahpun mati. Bagi mengenangkan jasanya, pulau tersebut diberi nama Namiseom yg bermaksud pulau nami.. ianya sebuah pulau yg damai dan tidak terusik sehingga pada tahun 2001 sekumpulan pembikin drama datang menyelinap masuk utk merakamkan sebuah drama yang telah menjadi fenomena iaitu Drama Winter Sonata sebanyak 40 episod yang amat memberi kesan dan bermula kisah percintaan dan romantis di pulau ini yang telah diberi jolokan dengan Love Island..