Diberi nama Azizah binti Rabu oleh kedua-dua ibubapaku. dilahirkan di Kampung Baru Batu 28, Lenga Muar Johor.

Bersekolah dari Darjah 2 hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Batu 28 Lenga Muar dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Lenga Muar selama 1 tahun sebelum berpindah ke Sek Keb. Munshi Ibrahim Labis sehingga tingkatan 3 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sek Men Teknik Vokasional Perdagangan Johor Bahru sehingga tingkatan 5.

Setelah tamat belajar terus membawa haluan ke Kuala Lumpur (tinggal di kampung Baru KL) dan memulakan karier di Hong Leong Insurans Kuala Lumpur sebelum bertukar ke KEMAS Malaysia (di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar) selama 4 tahun. Sewaktu bekerja meneruskan pengajian mengambil peperiksan STPM di kolej swasta di Kuala Lumpur.  Pada tahun 1992 sewaktu masih berkhidmat di KEMAS Malaysia, mendapat tawaran dari JPA dan tajaan dari JICA untuk menyertai program Friendship Programme For 21th Century di Jepun selama sebulan.

Pada tahun 1994, berpindah kerjaya ke syarikat swasta selama 2 tahun sebelum berpindah ke Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru pada tahun 1996 sehingga sekarang.