Service

IVAT services

Selain daripada perkhidmatan perundingan, Institut Voltan & Arus Tinggi (IVAT) juga menyediakan perkhidmatan pengujian dan penentukuran kepada para pelanggan. Kebanyakkan pelanggan IVAT terdiri daripada pihak industri yang berkaitan dengan voltan tinggi, sebagai contoh EWT , Malaysian Transformer, Southern Cable, Tenaga Nasional Berhad, EPE dan banyak lagi. Kebanyakkan para pelanggan menghantar peralatan mereka ke maklmal IVAt samada untuk ditentukur atau dilakukan pengujian, bagi menentukan kebolehtahanan peralatan tersebut sebelum ianya digunakan secara komersial.

IVAT juga meyediakan perkhidmatan sewaan alat termasuk ruang di persekitaran makmal IVAT. Sebagai contoh, bilik mesyuarat dan bilik seminar IVAT yang dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian untuk seminar atau mesyuarat. Harga yang ditawarkan oleh pihak IVAT juga adalah sangat kompetetif dan berpatutan. Selain alat dan ruang, IVAT turut menyediakan pakej sewaan kenderaan, Hilux.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak IVAT kepada para pelanggan, bolehlah melayari laman web IVAT di

https://ivat.utm.my/