BAGAIMANAKAH pandemik Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga banyak negara yang tersungkur?

Jawapannya ialah kerana cara merebak virus ini yang perlu ditangani secara “social distancing” atau penjarakkan sosial.

Langkah inilah yang menyebabkan `lockdown’ kepada aktiviti manusia dan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.

Masyarakat tidak dibenarkan keluar rumah, penutupan institusi perbankan, penutupan pejabat, penutupan premis perniagaan, larangan penerbangan, sekolah tidak dibuka dan pelbagai lagi.

Pendek kata aktiviti manusia terhenti serta merta.

Kemelesatan Ekonomi

Oleh kerana hampir seluruh dunia melaksanakan dasar `stay at home’ atau tinggal di rumah, maka secara tidak langsung ia mengakibatkan benih kemelesatan ekonomi global.

International Monetary Fund (IMF) membuat unjuran bahawa kemelesetan ekonomi kali ini akan sama seperti krisis kewangan global tahun 2007 – 2008.

Dalam sejarah moden 100 tahun, ini kali pertama kemelesatan ekonomi disebabkan oleh wabak penyakit.

Kali ini banyak pakar menyatakan ekonomi dunia akan merudum. Malah, keadaannya mungkin lebih teruk daripada kemelesetan besar ekonomi dunia pada 1930-an.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa kemesetan kali ini adalah paling teruk sejak Kemelesetan Ekonomi Dunia  yang bermula pada 1929 dan berlarutan hingga 1935. 

Krisis 2007 disebabkan oleh kelemahan dalam pengurusan polisi kewangan. Krisis 1997 disebabkan oleh keruntuhan matawang Thai Bhat. Krisis 2010 disebabkan oleh masalah ekonomi Greece.

Pemulihan ekonomi dijangka perlahan walaupun kebanyakan negara, negeri dan bandar telah mula beroperasi sedikit demi sedikit dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Akhirnya ia bergantung kepada keyakinan pengguna untuk meneruskan aktiviti kehidupan norma baru dan keyakinan untuk berbelanja.

Rantaian ekonomi hanya mampu berpusing apabila pengguna kembali kepada rutin sebelum terjadinya wabak Covid-19.

Adalah sukar untuk meramalkan bila keadaan akan kembali normal.