Susulan PKP 2.0 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 11 Januari bermula 13 Januari 2021 ini, tentu ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana dengan pembukaan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Berikut adalah intipati Sidang Media Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengenai pengoperasian institusi di kawasan PKP, PKPB, dan PKPP (PKP 2.0).

Tarikh Buka Sekolah 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, sesi persekolahan kekal dibuka pada 20 Januari 2021.

Antara butiran yang diperincikan melalui sidang media 12 Januari berkaitan tarikh pembukaan sesi persekolahan 2021 adalah:

Kawasan PKP

Pembelajaran secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM , SVM ,SKM, STPM, STAM, DVM Dan peperiksaan antarabangsa yang setara mulai 20 Januari 2021.Pelajar yang lain akan bersekolah secara dalam talian dari rumah (PdPR).

Kawasan PKPB & PKPP

Bagi kawasan PKPP dan PKPB, pengoperasian sekolah adalah secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 dengan SOP yang ditetapkan.