Apa Yang Anda Perlukan Untuk Bina Laman Web?

Sebelum membina laman web, anda memerlukan:

  1. Domain – nama laman web anda, contoh seperti laman web/blog saya ini: ‘affiqfadzil.com’
  2. Hosting – server tempat untuk anda meletakkan semua kandungan dan file laman web anda

Saya suka ibaratkan domain sebagai alamat rumah, manakala hosting sebagai tapak rumah untuk memudahkan pemahaman.

.

Domain

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, nama domain ialah nama laman web anda. Jadi pastikan ianya betul-betul melambangkan laman web yang anda ingin bangunkan.

Bagi saya paling penting ialah pastikan 3M – mudah sebut, mudah eja, dan mudah ingat.

Sebelum anda memilih nama domain untuk laman web anda, ada 10 perkara yang anda perlu telitikan terlebih dahulu, saya ada terangkan lebih detail di dalam artikel tips pilih nama domain terbaik supaya anda lebih jelas lagi.

.

Hosting

Apa yang saya pentingkan ketika memilih hosting ialah, kelajuan, support dan keselamatan.

Ketiga tiga ini adalah aspek utama yang anda perlu pastikan sebelum memilih hosting untuk laman web anda.

Ini kerana pelawat laman web anda tak suka menunggu laman web yang loading-nya lambat! Mengikut kajian, jika satu-satu laman web mengambil masa lebih dari 3 saat untuk loading, pelawat akan terus tinggalkan laman web tersebut!

Anda sendiri pun tak suka laman web yang lambat kan? So pastikan anda memilih penyedia hosting yang laju.

Kenapa perlu pentingkan support? Saya sendiri sebelum ini pernah mengalami masalah berkenaan hosting saya, dan ketika itu support yang diberikan oleh pihak hosting tersebut agak mengecewakan.

Masalah saya tak berjaya diselesaikan dan akhirnya saya bertukar ke penyedia hosting yang baru.

Mereka sangat membantu, pantas dan responsif ketika memberikan support 24 jam sehari 7 hari seminggu!

Tentang keselamatan pula, pastikan penyedia hosting yang anda bakal pilih berikan sekali SSL secara percuma, yang akan buatkan laman web anda tertera url https.