Alhamdulillah, 2 hari lepas berkesempatan menghadiri ceramah oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim di FC, dengan tajuk Perjalanan ke Sana: Mudah dan Ringkas.

MasyaAllah sangat tersentuh dengan ceramah beliau yang sangat padat dengan isinya. Beliau menceritakan pengalaman bermastautin di Mekah dan bermacam nikmat yang telah Allah berikan kepada beliau dan keluarga. Kata Prof Kamil, sesiapa juga boleh mendapat nikmat tersebut dengan syarat tidak putus berdoa kepada Allah dan sentiasa mentaati perintah Allah. Kita wajib bersyukur atas segala kurniaan Allah selama ini.

Terima kasih Prof atas peringatan-peringatan yang telah diberikan. Kita manusia memang mudah lupa 🙁

Poster ceramah

 

Antara buku yang dijual.. sempat la membeli 3 buah buku (Anekdot Madinah, Amirul Budak Sudan dan Bersamamu di Firdaus)