Vertigo oh vertigo…
Saturday, 11.30 am, 3rd March:
rasa mcm vertigo nk dtg, lelap sekejap then 12.30pm cepat2 pergi walimah di PULAU (Pusat Latihan Universiti), UTM.. ambik sesenduk nasi beriani yang masuk tekak sesudu je.. selebihnya makan jeruk pak ali yg dihidangkan..
Balik jam 2pm x boleh buat apa, mkn pcm 2 biji terus terjelepuk atas katil x boleh buka mata, x boleh bgn x boleh buat apa.. sampai mlm pon sama masih pening yg amat sgt.. risau sgt sbb biasa dah tido boleh baik.. ini dah sampai mlm x baik2 lagi.. muntah 2 kali.. habis nasi yg jamah ptg td klua blk
Sunday 4th March:
Mmg tak dpt bgn so tak dpt pergi kerja.. pening x habis lg masih sama mcm semlm.. tghari hubby belikan nasi ayam penyet, yg lalu mkn nasi dgn sup aje.. mujor sup panas, dpt hirup.. ahh lega sekejap
Ptg dpt bgn mandi solat asar smbil duduk..
6.30 pm – x tahan pening yg amat, ajak hubby ke klinik utm (time student ada klinik tutup jam 10pm weekdays). Sampai klinik MIL tolak wheelchair ke dalam.. sepanjang jln dlm kereta dan atas wheelchair mmg x boleh buka mata.. rasa nak muntah tgk sekeliling.. around 7pm doc and nurse check (smpai sudah x tau doc and nurse mana yg dtg sbb bercakap pon dlm keadaan tgn tutup mata).. bp 140/95.. doc suh bg 1 jab dan rest.. dpt la rest and tidor sekejap.. 9pm tu dah call hub suh dtg even x brapa ok (klinik nk tutup kul 10pm). Doc bg ubat pcm, neurobion dan stemetil and aku minta mc 2 hari iaitu hari ni dan esok sbb confident esok mcm masih x ok.. hari ni off course la seharian bed-ridden x leh gi keje.. masa nak balik bp dah turun 115/tak ingat..
Masuk aje kereta x smpai seminit terus muntah lagi.. nasib ada plastik penyelamat.. mmg dah standby pon.. call kedai order sup ayam.. sampai rumah terus mkn nasi dgn sup ayam then mkn ubat sambung baring.. baring bukan sebarang baring tau kalau kene vertigo ni.. mcm2 pesen dan kalau dah pesen itu jgn la dituka ke pesen lain.. cari naahas namanya.. sbb kalau kepala nak pusing ke kanan la katakan.. kita rasa semua disekeliling kita ikut sama pusimg.. even rasa mcm ada liquid dlm kepala yg bergerak sama.. lagi rasa pening dan nak muntah.. so baik duk dendiam.. my position masa tido duduk 90° .. tu yg paling ok.. and kalau dah teleng ke kanan tu sampai sudah la teleng ke kanan.. x nak cari nahas katakan..
Monday 5th March:
Bgn pagi ada rasa kurang tp masih belom fully recovered. Kul 9 mkn sup ayam belen semlm cicah roti wholemeal then mkn ubat terus sambung tido.. mcm mkn ubat tido rasanya sbb x sedar masa.. bgn2 tgk dah tido 2,3 jam.. petangnya pulak dah mcm ok sikit dalam 70% gitu. Mikirkan mc 2 hari je gagahkan juga bgn sementara boleh bgn tu kan.. berjalan 5km/h kalah org dlm pantang.. mmg kalau kene vertigo apa apa buat pon kene slow motion yg amat..
Selasa 6th March:
Alhamdulillah hari ni mcm 90% sihat.. syukurrr sgt dpt berjalan x tutup mata.. tp solat tetap x boleh sujud di sejadah masih terasa peningnya.. harapnya Allah terus memberi kesembuhan.. terasa kerdilnya diri.. baru dijentik vertigo rasa seakan hampir mati :'(
Bimbang juga masuk hari kedua, ketiga masih belum kebah…
Pernah tulis dulu kalau boleh tak nak dah kene vertigo ni.. tak nak tak nakkk.. tp apakan daya.. kita x mampu melawan kuasa Allah.. first time kene x silap 3 tahun lepas.. masa tu baru tau oooo itu vertigo rupanya.. x pernah dgr pon sebelum tu..
Allah Ya Allah… sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 hambaMu… ampunkan kami hamba hambaMu yg lalai sentiasa….
Ps: ada sesiapa tau macamana nak avoid vertigo? Do share with me ya.. terima kasih.. semoga Allah membalas jasa baik kalian… opsss saya ni on dr rafidah’s side which is against bani jamu or bani yg taksub produk2 yg overclaimed.. kalau nak rekemen yg alami alami insyaAllah boleh difikirkan..
Setelah a few days tekak pahit semacam aje.. pagi ni tekak rasa nak mkn nasi dagang trg.. Alhamdulillahhh dpt.. lps tu dessert pulak dgn kuih saya iaitu kuih akok (sbb adik saya panggil saya akok (Akak) dlm lorat Trg)… makan pon kena berjaga jaga juga ye lps ni.. biar besederhana… semoga dipermudahkan semuanya… AMINNNN