Program CSR ini telah berlangsung pada 9 Mac 2019, bermula dari jam 2.00 – 5.00 petang, bertempat di Bilik Latihan 1 CICT. Ia telah disertai oleh 37 orang peserta dewasa. Sebelum ini, Program CSR CICT juga telah diadakan pada 6 Oktober 2018 di Pangsapuri Kangkar Pulai dan CICT.
Dalam program ini, pihak CICT telah mengadakan ‘Bengkel Pemerkasaan Penggunaan Media Sosial, Siri 2’. Ia adalah berkaitan Pengenalan kepada Facebook (FB) dan Instagramn (IG) juga perlantikan sebagai Admin dan Editor untuk FB dan IG. Dalam bengkel ini diajar bagaimana cara mewujudkan hebahan produk/aktiviti, berkongsi photo/video, melaksanakan kalendar aktiviti dan mewujudkan acara, pengurusan maklumat dan penyelarasan FB dan IG.