Alhamdulillah, Program CSR CICT berlangsung lagi buat kali kedua pada tahun ini pada 6 April 2019. Kali ini ia diadakan di Pangsapuri Merak. Program kali ini lebih fokus kepada kanak-kanak dan remaja. Dianggarkan hampir 50 peserta dari setiap blok pangsapuri ini telah menyertai program ini.

Objektif program ini (terutamanya penglibatan ICT) adalah:

– Mentransformasikan komuniti pangsapuri sebagai Komuniti Bangsa Johor.
– Meningkatkan kesedaran penggunaan ICT secara beretika.
– Menjadikan ICT sebagai platform jaringan dan jalinan komunikasi komuniti.
– Memanfaatkan teknologi digital ke arah peningkatan ekonomi komuniti.

Selain ceramah Etika Penggunaan ICT, peserta juga diberi taklimat ringkas berkaitan perniagaan atas talian, disamping soaljawap berkaitan ICT (antivirus dan lain-lain) dan tidak ketinggalan permainan silangkata perkataan-perkataan ICT.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu tamat pada jam 1 tengahari.

 

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people, indoor