Pada 15 April yang lalu pada jam 12 tengahari, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah merasmikan Pusat Data baharu CICT.
Beliau dan rombongan juga turut merasai pengalaman Kampus Digital yang dipamerkan bagi memenuhi keperluan revolusi industri (IR) 4.0. Semoga teknologi yang dihasilkan di UTM ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semua, seterusnya dikembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.