Sumber dari FB Majlis Ta’lim Darul Multadza

[ BAHAYA KALIMAT ]

Mafhum hadis Rasulullah ﷺ:
Terkadang, ada orang mengatakan satu kalimat yang dia tak peduli pun dengan kalimat itu, tapi kalimat itu menepati redha Allah, maka dia masuk syurga dengan kalimat itu.

Sebaliknya ada orang mengatakan satu kalimat yang dia tak peduli pun dengan kalimat itu, tapi kalimat itu menepati murka Allah, maka dia dicampakkan ke neraka kerana kalimat itu.

Jangan memandang remeh dengan kalimat. Ianya boleh jadi sebab seseorang dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke neraka.

Sebab itu Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baik atau diam.”

Hati-hati dengan SMS dan komen yang anda tulis di FB (atau media sosial yang lain).

Itu kalimat juga tapi dalam bentuk tulisan.

Itu nanti akan dipertanggungjawabkan.
Wallahi, akan dipertanggungjawabkan!

– disunting daripada pengajian Majlis Ta’lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | 29112019

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid