Badan Kebajikan Kakitangan UTMDigital 2018/2019 (BKCICT 2018/2019) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk memilih Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan baharu bagi penggal 2020/2021. 

Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 20 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seminar Aras 4, UTMDigital.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Norfadzila Hani Bt Mohd Khairuddin dan bacaan doa oleh Encik Mohd Khairi Bin Hassan.

Bagi memeriahkan lagi mesyuarat tersebut, cabutan bertuah dan makan tengahari telah disediakan pihak BKCICT 2018/2019.