SEJARAH BAKAL TERCIPTA !
Awal pagi nanti waktu Malaysia , SpaceX bakal mencipta satu lagi sejarah di dalam dunia aeroangkasa apabila buat pertama kalinya ia akan melancarkan misi demonstrasi kedua kapal angkasa SpaceX Crew Dragon (Demo-2) yang menempatkan dua orang angkawasan Amerika Syarikat iaitu Robert Behnken dan Douglas Hurley menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) .
Ini merupakan misi pelancaran angkasawan ke angkasa buat pertama kalinya secara langsung dari Bumi Amerika Syarikat selepas kali terakhir pada 9 tahun yang lalu iaitu dengan menggunakan Space Shuttle yang telah tamat operasinya pada tahun 2011 .
..
Kejayaan misi SpaceX kali ini amat penting bagi menguji keupayaan Amerika Syarikat untuk menghantar angkasawan ke angkasa melalui misi – misi yang akan datang .
..
Demo-2 akan dilancarkan ke orbit terlebih dahulu dengan menggunakan roket Falcon 9 (penggalak B1058) dari tapak pelancaran LC-39A , Kennedy Space Center , Florida pada jam 04:33 AM , 28 MEI 2020 sebelum ia memulakan perjalanan sekitar 19 jam menuju ke ISS .
Sekitar 9 minit selepas roket Falcon 9 dilancarkan , SpaceX akan cuba mendaratkan roket peringkat pertama di atas Kapal tongkang “Of Course I Still Love You” yang terletak di Lautan Atlantik , beberapa ratus kilometer dari tapak pelancaran.
(sumber: Telegram Astromet Malaysia)