Orang kata Covis is real.. is covis really real? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. saya kehilangan 2 orang sahabat akibat covid.. terkejut dan terpaku menerima berita sedih tersebut.. salah seorang adalah Jamhari (11 Sept 2021), seorang rakan sekerja yang sangat baik dan rajin orangnya.. dan seorang lagi ialah Kak Min (Aminah Abu Bakar) pada 16 Julai 2021. Kak Min dan saya menjadi rapat semasa saya berpindah ke pejabat lain dan menjadi officemate arwah selama lebih kurang 3 tahun.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga roh kalian dan semua umat islam yang lain ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Marilah sama-sama kita sedekahkah Alfatihah kepada mereka. Alfatihah.