ROUND 1
Ustazah Basikal Jilid 1 (1- 6 Julai 2021)
Ustazah Basikal Jilid 2 (6 – 17 Julai 2021)
ROUND 2
Ustazah Basikal Jilid 1 (10-12 Sept 2021)
Ustazah Basikal Jilid 2 (13-24 Sept 2021)
How I de-stress myself from this hustle and bustle of my xxxxxx life.. antaranya dengan MEMBACA DAN MEMASAK
Ustazah Basikal – buku yg pada mulanya aku rasa biasa-biasa sahaja.. tiap kali iklan buku ini lalu di wall facebook, tiap kali itu juga laju aku scroll ke bawah, tak ada perasaan nak explore more.. hingga suatu hari Allah bukakan hati utk membaca info lebih lanjut.. Makin aku baca teaser-teaser serta testimoni yang diberi, makin kuat perasaan aku nak gali lebih dalam. Hati aku terbuka untuk membeli kombo 2 buah buku ini sekaligus (Jilid 1 harga RM 79, jilid 2 harga RM99, tapi masa beli tu ada discount, dpt jimat RM10 tak silap, Alhamdulillah.. Buku-buku ni sampai di tangan pada 30 Jun 2021, SERIOUSLY aku rasa tak rugi membeli buku-buku ni sbb yang dijual adalah pengalaman yang sangatlah amazing dan out of this world… subhanallah)
Rupanya buku ini berhantu.. sangat berhantu, sampai tak boleh tinggal.. ada je masa lapang aku akan membaca, walau dpt 1,2 helai.. kadang-kadang sampai awal pagi.. Buku ini menceritakan perjalanan kembara BERBASIKAL sepasang suami isteri dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah (merentasi 15 buah negara selama 14 bulan dan Ustazah Adila memakai baju kurung sepanjang kembara!).. MasyaAllah, terlalu banyak hikmah dan pengajaran serta teladan yang aku dapat dari buku ini.. mengingatkan aku betapa kerdilnya kita sebagai hamba di sisi Allah SWT, mengingatkan aku betapa semua yang terjadi adalah kehendak Allah, Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan apa sahaja.. Allah Maha Penyayang, Allah Maha Berkehendak.. Allah adalah segala-galanya…
Buku ini juga menceritakan betapa manusia di ceruk-ceruk dunia juga punya hati dan perasaan melangkaui batas agama.. betapa nilai kemanusiaan mengeratkan perhubungan sesama insan… betapa Allah akan menjaga kita andai kita sentiasa mentaatiNya.. pertolongan demi pertolongan di luar akal fikiran adalah bukti Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengasihani..
Aku yang sedang membaca buku ketika itu, terasa seolah olah berada bersama Ahmad dan Adila ketika mereka berkelana dalam Kembara Memburu Hikmah itu.. MasyaAllah kagum sungguh dengan mereka.. walau dalam susah payah kembara tersebut, setiap hari tak pernah miss membaca surah Yasin dan Makthurat, tadabbur ayat Quran 2 muka surat bersama-sama.. sambil mengayuh sambil berzikir atau mendengar ayat Quran.. MasyaAllah tabarakallah… aku tabik betul kat dorang ni..
Oleh sebab terlalu kagum dengan pengalaman mereka yang sangat-sangat luar biasa bagi aku, aku baca kedua dua buku itu sekali lagi … tak puas baca sekali.. walaupon buku buku tu tebal dan berat (tapi gaya bahasa yang santai santai sahaja), ku gagahkan juga demi mencari hikmah sekali lagi.. bagi aku pengalaman dan pengajaran yang diceritakan adalah sangat berharga untuk sesiapa sahaja yg membaca, untuk reflek siapa diri kita di dunia ini…. Aku sangat recommend untuk kawan-kawan membacanya.. kalau ada nak pinjam, boleh pm ya.. tapi jgn buat harta tau.. aku sayang buku ni hehehe
So hari ni 24 Sept 2021 (Jumaat), sempena menyambut aku dah habis baca buku buku ini utk 2nd time, aku masak nasi beriani Pakistan hari ni hahaa related eh? Saje nak relate hehee.. dalam buku ni, aku dapat rasakan bahawa pengalaman mereka di Pakistan antara pengalaman yang sangat menyentuh hati.. sampaikan aku sendiri pon nak nangis bila baca bab Pakistan ni.. antaranya ialah masa kat hospital tentera masa Adila masuk ICU, time nak bayar, katanya gomen Pakistan dah bayarkan.. mereka tak perlu bayar apa2.. tercengang dorang… Allahuuu.. di saat kewangan tersangatlah genting time tu.. korang rasa macamana bila dgr perkhabaran tu? Ya Allah nak nangisss…
Lepastu masa nak check out, doctor suruh mereka order apa-apa makanan sbb doctor nak belanja.. si Ahmad ni minta beriani tanpa rasa bersalah (hahahahhaa *face palm*).. Adila siap sound Ahmad, mana ada beriani kat hospital ni.. hehehee Ahmad kata dah lepas cakap, nak buat camne.. agak lama juga lunch nak sampai kat mereka.. mungkin pihak hospital usahakan untuk dapatkan beriani sampai berjaya.. Alhamdulillah…
So itu la aku nak relate dgn nasi beriani Pakistan ni.. sesuai la aku dah habis baca buku ni.. bila makan beriani Pakistan ni, terkenang kebaikan orang-orang Pakistan kepada mereka.. ayat standard mereka ‘don’t worry, you’re my guest.. terharu sangat kan? (Bear in mind, orang-orang di negara lain yg mereka jumpa pun sangat baik.. Cuma aku rasa dlm buku ni Pakistan ni one of my fav countries lah).. khalass…
(Never in my life had I read a book twice (kecuali buku sifir kot hahaha).. so nampak tak betapa bestnya buku tu.. tapi kalau korang rasa the other way around, tak apalah.. best tak best tu subjektif kan..but for me these books are definitely worth buying! KHALASS AGAIN heheee)
Update: resepi yang digunakan ialah resepi che nom https://m.youtube.com/watch?v=B38kK6Q4NtQ)