Assalamualaikum.. semoga hari ni lebih baik dari semalam..
 
– bagi wanita, andai sebelum ni selalu pakai baju lengan pendek, hari ini boleh mula pakai baju lengan panjang sehingga menutup pergelangan tgn (bukan lengan tiga suku)
 
– bagi wanita, andai tudung belum labuh menutupi dada, hari ini boleh mula memakai tudung yang patuh syariah, biar dikomen negatif oleh org sekeliling, asalkan Allah dan Rasul suka.. kerana yang menanggung dosa pahalanya kita sendiri…
 
– andai sebelum ini tak kisah minum menggunakan tgn kiri, bermula hari ini amalkan minum menggunakan tgn kanan..
 
– andai sebelum ini tak kisah makan atau minum berdiri, bermula hari ini carilah tempat duduk terlebih dahulu sebelum mkn minum..
 
– andai sebelum ini tak pernah membaca quran, bermula hari ini carilah masa untuk membaca Kalam Allah ini walaupon satu ayat sahaja.. andai terlalu sibuk dengan urusan dunia, disiplinkan diri satu ayat sehari pon tak apa, asalkan tidak diabaikan terus.. sikit sikit lama2 akan habis satu muka.. kemudian satu surah, satu juz.. yang penting istiqamah..
 
* cuma secebis peringatan.. peringatan ini peringatan buat diri sendiri juga yang masih belum sempurna.. semoga menjadi asbab utk menjadi lebih baik dari semalam.. semoga Allah memberikan kita semua Husnul Khatimah.. insyaAllah amin…