(FB: Bahagian Pencen JPA 6 Jan 2020)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sudahkah anda menyemak Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) atau Buku Servis milik anda?

Semua penjawat awam disarankan untuk menyemak BPK anda sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Dah dengar pesan Puan Anom tempoh hari kan?

Kepada penjawat awam yang bakal bersara dalam tempoh 1-5 tahun, anda diminta untuk memberikan sepenuh perhatian untuk menyemak BPK anda lebih kerap lagi.

Apa yang perlu disemak di dalam BPK tersebut?

Berikut kami kongsikan 8 perkara yang wajib dipastikan teratur di dalam BPK anda, lebih-lebih lagi kepada semua bakal pesara Kerajaan sekalian.

Sila pastikan kesemua 8 perkara yang dinyatakan dalam rajah dikemaskini dengan sebaiknya.

Ingat, keengganan atau kegagalan anda bagi memastikan segala maklumat di dalam BPK anda ini boleh menyebabkan risiko berlakunya masalah semasa prosesan faedah persaraan dan boleh mengakibatkan kelewatan pembayaran pencen dan faedah persaraan kepada anda.

Ingat, tanggungjawab menyemak Buku Rekod atau BPK ini adalah tanggungjawab anda semua, bukan tanggungjawab pengurus sumber manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi anda semata-mata.

Anda mampu mengubahnya!

Sekian dimakluman, terima kasih.

Yang OHSEM,
ADMIN

 

No photo description available.    No photo description available.