Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (CICT) telah terlibat dengan projek CSR (Bangsa Johor Bahagia) di bawah tajaan Yayasan Raja Zarith Negeri Johor & Yayasan  Sultan Ibrahim Johor  dengan kerjasama UTM yang diketuai oleh  Prof Dr Rose Alinda Binti Alias.

Aktiviti yang difokuskan di dalam program CSR ini, antaranya melibatkan:

  1. Pengajar (bidang ICT seperti penggunaan software, baikpulih komputer/handphone dll)
  2. Internet Marketing
  3. Laman web
  4. Sosial Media
  5. Pereka Dalaman Kiosk IT Hub
  6. Lain-lain yang berkaitan dan bersesuaian.

Projek CSR pertama telah dilaksanakan pada 6 Oktober 2018 di Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai dan di Bilik Latihan Aras 4, CICT.  Projek ini yang dikenali sebagai Hari Komuniti Digital Kangkar Pulai dengan slogan Komuniti Digital Beretika telah dihadiri oleh penghuni-penghuni pangsapuri manakala krew yang terlibat adalah terdiri daripada staf-staf CICT.