Dari FB Amalina Nudin (28 Sept 2022)
Macam mana awak boleh dapat kencing manis ni? Umur sama macam saya? Dah 2 Tahun?
Saya suka menemuramah pesakit sebegini, sebab nak tambah kesedaran pada diri.
“Rasanya masa saya kerja di Fast Food 2 Tahun lepas? Masa tu, hari-hari minum air gas… berbulan-bulan…”
Sekarang lepas fikir balik,
Patutnya ada rakan sekerja saya masa tu kurus kering je, saya suspect masa tu sebenarnya mereka dah ada kencing manis juga.
“Ya, mungkin dia tak tahu…’
Macam mana awak tahu awak ada kencing manis?
“Pitam. Sampai di kecemasan, bacaan gula terlalu tinggi. Kena masuk wad…”
Kakak Kedua.
Umur 33.
Sc Actrapid 24 unit.
Sc Insulatard 20 unit.
4 kali sehari kena cucuk.
“Kenapa agak-agaknya dapat kencing manis?”
1. Keturunan. Mak dan ayah ada kencing manis.
Yang kedua, suka minuman bersusu.
Teh Tarik.
Teh O Beng.
Nescafe Beng.
Hari-hari.
Yang ke 3.
Seorang pekerja hospital.
30 an.
“Encik, kenapa kena kencing manis?
Banyak minum air gas. Kerja malam kadang-kadang nak berjaga, selalu minum…”
Yang lain.
Driver lori.
Muda juga.
Minum air gas 2-3 botol semalaman untuk stay alert untuk memandu.
Redbull.
Nescafe.
Dan sebagainya.
…
Kalau kita tanya pada mereka.
Kalau boleh mereka nak undur balik masa.
Tak nak dicucuk insulin.
Tak nak mata kabur walau masih muda.
Tak nak sakit-sakit dada.
Tak nak hypo apabila terlebih cucuk insulin.
Andai bisa diundurkan masa.
Mereka tak nak makan nasi banyak, tak nak hari-hari minum manis.
Tak nak korbankan jantung, saraf, buah pinggang dan mata, hanya kerana sedapnya manis…
Kita banyak berkerja kuat untuk menyara keluarga, dengan abaikan kesihatan.
Ramai yang walau baru 40 an,
Sudah mula memberi bebanan pada keluarga.
Perlu cuci darah, takde duit untuk rawatan dan sebagainya.
Pesanan untuk diri sendiri.
Semoga lebih berhati-hati.
Kuih banyak dan manis adalah racun.
Nasi makan 3 kali sehari adalah racun.
Gula putih, tepung putih dan nasi putih yang berlebihan adalah racun.
Isteri kalau betul sayangkan suami,
Dia tak paksa suami dia menambah nasi dengan banyak.
Dia pesan,
“Ehem…. Banyak nampak makan nasi, dah boleh slow-slow stop tu….”
Atau masak cukup-cukup je, supaya takde peluang nak menambah banyak.
Kadang-kadang, kita kesian pada mentaliti orang dulu-dulu. Rasa jadi isteri solehah kalau bagi makan nasi banyak dan sedap pada suami, padahal, 30-40 tahun akan datang, isterilah yang menemani suami ke Jabatan Kecemasan, terkena strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang….
Yang mana ‘masakan air tangan’ isteri tersayang sejak muda inilah boleh jadi penyumbang penyakit suami.
(Dan, isterinya tiada penyakit, kerana dia kurang makan masakan sendiri).
Tangan yang setiap hari buat air dan kuih manis untuk suami inilah, yang menghulur ubat Metformin atau tolong cucuk Insulin untuk suaminya, suatu hari nanti. Naudzubillah.
Hentikan kitaran, buncit itu tanda bahagia. Kalaulah kita tahu, ia bahagia sementara, ia adalah tanda insulin mulai resistance.
Pesanan :
Jom chek gula secara berkala.
Tahap kolestrol juga.
Buat medical check up fungsi hati dan buah pinggang. At least, tahu awal, boleh berjaga-jaga.
Saya suka menulis di sini.
Ada 4,000 follower positif dalam circle ni.
https://t.me/inspirasiamalinanudin