
- Kenal siapa diri kita – (Knowing who we are)
Aspek penting dalam 4 Pillars of Self-Leadership adalah antaranya mengetahui siapa diri kita dimana ia merupakan satu proses yang mendalam dan berterusan. Ia melibatkan kesedaran terhadap apa yang kita percaya, apa pentingnya mengenal siapa kita dan matlamat hidup kita.
Aspek penting dalam 4 Pillars of Self-Leadership adalah antaranya mengetahui siapa diri kita dimana ia merupakan satu proses yang mendalam dan berterusan. Ia melibatkan kesedaran terhadap apa yang kita percaya, apa pentingnya mengenal siapa kita dan matlamat hidup kita.
Bagi memahami diri sendiri, berikut adalah beberapa aspek penting untuk dihayati dan difahami………..
- Fahami kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Ini penting dalam memulakan untuk mengenal diri sendiri. Dalam konteks ini, perlu juga kita kenali bagaimana perasaan kita dalam pelbagai situasi yang dihapai dan bakal dihadapi. Tidak hanya memikirkan bagaimana orang melihat dan menilai diri kita, kita juga pada masa yang sama perlu memikirkan cara bagaimana mempengaruhi orang lain.
- Kepercayaan yang kita ada. Apakah prinsip yang kita pegang dalam membuat keputusan? Apakah perkara yang paling penting dalam hidup kita? (samada keluarga,kerjaya, kejayaan, kebebasan, keadilan, dsb.)
- Tetapkan matlamat hidup kita. Apakah impian dan aspirasi kita? Bagaimana untuk kita merancang untuk mencapai impian tersebut sehingga berjaya? Fikirkan apa yang benar-benar kita inginkan dalam hidup. Tanpa matlamat hidup, jiwa menjadi kosong.
2. Mengetahui apa yang kita buat – (Knowing what we do)
Aspek yang berikutnya adalah mengetahui apa yang kita buat yang mana ia merangkumi kesedaran terhadap tindakan/perangai, tujuan, dan motivasi terhadap diri sendiri.
- Kita perlu mempunyai kesedaran kendiri. Kesedaran kendiri amat penting dalam memahami tindakan yang kita ambil, nilai baik dan buruk serta menyedari apakah kesan daripada tindakan kita kepada orang lain dan juga persekitaran kerja.
- Matlamat yang jelas akan memberikan motivasi yang tinggi dalam diri. Ini penting dalam menentukan dengan jelas apa yang ingin dicapai dalam setiap tugas atau projek.
3. Mengetahui apa yang perlu kita belajar – (Knowing what we need to learn)
Aspek ketiga dalam self-leadership ialah “Mengetahui Apa yang Perlu Kita Belajar”, iaitu memahami keperluan pembelajaran untuk mencapai kejayaan dan pembangunan/peningkatan diri.
- Mengenalpasti Jurang Pengetahuan (Identify Gaps Knowledge). Sebagai pendidik, amat penting untuk menyedari perubahan persekitaran dalam industri atau bidang kerja yang memerlukan kemahiran baru. Sepertimana keperluan Artificial Intelligence (AI) dalam kehidupan seharian.
- Dalam proses pembelajaran, maklum balas daripada rakan sekerja, mentor, atau penilaian prestasi amatlah penting untuk mengetahui aspek yang perlu diperbaiki. Ini yang dikatakan amat penting menyusun strategi perancangan dalam pembelajaran.
4. Amalkan apa yang kita tahu – (Apply what we know)
Mengamalkan apa yang kita tahu bermaksud menggunakan ilmu, kemahiran, dan pengalaman secara konsisten untuk mencapai matlamat serta meningkatkan keberkesanan diri.
- Disiplin Diri (Self-Discipline). Kita perlu berpegang kepada rutin dan amalan yang konsisten dan yang dirancang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Jangan kita amalkan sikap prokrastinasi (menangguhkan kerja) dalam membina disiplin dalam diri.
- Membina tabiat positif yang membantu dalam mencapai matlamat jangka panjang.
- Menggunakan maklum balas dan refleksi untuk memperbaiki amalan yang dilakukan.
- Mengadaptasi strategi yang lebih efektif apabila sesuatu kaedah tidak berfungsi.
- Bersedia menerima kesilapan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
- Menetapkan jangka masa dan indikator kejayaan untuk mengukur keberkesanan amalan yang digunakan.