Bridging 2023

Tugasan IT 2..

  1. Apa yang anda faham tentang Realiti Maya?

Realiti maya ialah persekitaran yang dijana komputer dengan menggunakan pelbagai sensor yang membolehkan pengguna meneroka dan berinteraksi dengan dunia maya. Realiti maya banyak digunakan terutamanya untuk mencipta permainan video dan filem 3D. Walau bagaimanapun, selain permainan dan hiburan, realiti maya juga digunakan dalam sektor lain seperti latihan, pendidikan dan kesihatan. Teknologi ini menggunakan sensor yang mahal seperti set kepala dan sarung tangan untuk memberikan pengguna kepuasan ketika memasuki persekitaran maya.

2. Berikan satu contoh aplikasi Realiti Maya yang anda tahu.

Realiti maya memberi impak yang ketara dalam penjagaan kesihatan. Pada November 2021, FDA meluluskan penggunaan preskripsi EaseVRx untuk rawatan pengurangan kesakitan pada orang dewasa. Sistem ini menggunakan terapi tingkah laku kognitif dan prinsip tingkah laku lain seperti relaksasi yang mendalam, peralihan perhatian, kesedaran interoceptive dan lain-lain, untuk membantu dalam pengurangan kesakitan kronik. Realiti maya juga telah digunakan bagi melegakan kesakitan untuk kecederaan terbakar.

Pakar penjagaan kesihatan boleh menggunakan Realiti maya bagi menyediakan diri mereka dengan lebih baik sebelum menjalankan sebarang pembedahan terutamanya ketika memberi penerangan awal kepada doktor-doktor muda tentang diagnosis dan rancangan rawatan, atau pakar bedah ortopedik yang menjalankan pembedahan. Syarikat seperti Osso VR membolehkan pakar bedah berinteraksi dengan peranti perubatan dalam Realiti maya dan mengamalkan pembedahan pada badan maya. Ianya membantu meningkatkan kebiasaan dengan peranti baharu dan kecekapan dalam penggunaanya.

Realiti maya juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk isu kesihatan mental dengan Terapi Pendedahan Realiti Maya dianggap sangat berkesan dalam rawatan PTSD dan kebimbangan. Terdapat banyak lagi cara bagaimana Realiti maya ini boleh dimanfaatkan serta memudahkan pengguna di dalam dunia perubatan.





3. Bagaimanakah anda boleh gunakan teknologi realiti maya dalam urusan pekerjaan?

Di dalam urusan pekerjaan, realiti maya dapat memberikan kemudahan kepada saya dalam menguruskan pelajar yang ingin menggunakan makmal. Antara masalah yang biasa berlaku ialah ketiadaan saya sebab bercuti atau berkursus, ia akan sedikit sebanyak mengganggu tugasan pelajar yang ingin mengetahui peralatan yang ada di dalam makmal samada sesuai dengan projek yang ingin mereka lakukan. Dengan teknologi realiti maya ini, pelajar akan dapat memasuki makmal tanpa keberadaan staf dan mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.