Filem Hindustan “Hichki”

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Pada Jumaat lepas, saya tergerak untuk menonton filem ini selepas terbaca komen menarik di Facebook. Ya, betul jalan cerita ini memang tidak mengecewakan, malahan setiap watak yang dimainkan mempunyai plot twist di pengakhiran cerita. Seharusnya pembaca web ini mesti tonton filem wajib ini walaupun ianya telah lama di tayangkan… Tidak silap saya pada tahun 2018.

Filem ini berkisar tentang Naina Mathur (lakonan Rani Mukerji) yang mengalami sindrom Tourette iaitu penyakit Neuropsikiatrik yang membuat sesorang mengeluarkan ucapan atau gerakan yang spontan (tic) diluar kawalannnya. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan penyakitnya itu. Walau bagaimanapun, Naina tidak berputus asa dan terus memohon untuk mendapatkan pekerjaan.

Akhirnya, Naina diterima mengajar di sebuah sekolah dan ditempatkan di kelas F iaitu kelas pelajar-pelajar jalanan yang bermasalah. Setiap guru yang mengajar di kelas itu, pasti akan merungut dengan perihal pelajar-pelajar tersebut. Namun, Naina tidak mengendahkan itu semua. Sebaliknya, Naina bangkit dengan keazaman dan kaedah pengajaran yang kreatif, ditambah lagi dengan kesabaran yang akhirnya berjaya menambat hati pelajar-pelajar kelasnya itu. Naina berjaya mengubah pemikiran pelajar-pelajarnya, yang selama ini merendah diri dan sentiasa kalah dengan pelajar-pelajar lain yang tinggi statusnya.

Apakah yang berlaku kepada pelajar-pelajar Naina selepas itu? Adakah Naina akan terus kekal mengajar di sekolah itu? Persoalan ini akan terjawab jika pembaca terus menonton filem ini hingga akhirnya. Pada pendapat saya yang telah menonton filem ini, 9.5/10 diberikan untuk Hichki…

Cantik oh! Cantik

Cantik….

Semua orang nak cantik, x kiralah yang tua, dewasa atau kanak-kanak. tetapi mengapa seseorang itu hendak cantik? ada yang yang mengatakan itu naluri semulajadi pada diri seseorang. ya betul… memang diakui akan kebenaran kejadian ciptaan Allah s.w.t. Sebaik-baiknya kita sebagai umatnya mestilah menggunakan nikmat yang diberikan olehnya dengan rasa syukur dan ikhlas serta berlapang dada.

Penggunaan Senarai Semak bagi Tuntutan Bayaran

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa proses pengauditan MS ISO 9001:2015 telah dijalankan oleh Pihak SIRIM dan Pejabat Bendahari berjaya memperoleh pensijilan tersebut pada bulan November 2017 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan pensijilan tersebut terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan ke atas dokumen pembayaran yang digunapakai oleh semua staf UTM semasa membuat tuntutan.

Justeru itu,  dokumen tersebut adalah Senarai Semak yang harus dicetak dengan kertas berwarna hijau yang perlu dilampirkan dengan dokumen bayaran semasa proses pembayaran dilakukan di Pejabat Bendahari. Sebenarnya Pemakaian Senarai Semak ini adalah berkuatkuasa dari tarikh yang di email kepada All Staf UTM pada 28 November 2017.

BEND-UB-002-S-0-2017 – TUNTUTAN ( PERJALANAN )

BEND-UB-003-S-0-2017 – TUNTUTAN BAYARAN

BEND-UB-004-S-0-2017 – TUNTUTAN ( BAYARAN BALIK WANG )

BEND-UB-005-S-0-2017 – ARAHAN BAYARAN

BEND-UB-006-S-0-2017 – TUNTUTAN PENDAHULUAN

BEND-UB-007-S-0-2017 – INVOIS BIL

BEND-UB-008-S-0-2017 – INVOIS PESANAN TEMPATAN

BEND-UB-009-S-0-2017 -TUNTUTAN BAYARAN (PINDAH & TUKAR)

BEND-UB-010-S-0-2017 – ARAHAN BAYARAN ( UNIT GAJI )

Blog Pertama Saya

Assalammualaikum wrm wbkth / Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke blog saya. Ini adalah posting pertama di akhir tahun 2018. Insyaallah, saya akan cuba kongsikan segala maklumat yang diketahui di sini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua…

P/S: COUNTDOWN HARI INI – 31 DISEMBER 2018 MERUPAKAN HARI TERAKHIR PENILAIAN PRESTASI eLNPT/eLPPT 2018.