Sebenarnya DSSS ni dah lama saya dengar. Tapi sejak akhir-akhir ni makin kerap pula dia lalu lalang di Facebook dan asyik fyp je di tik tok. Ramai juga kawan-kawan yang share tips dan kejayaan mereka yang amal diet ni dan akhirnya, saya yang lemah ni pun teruja la kan nk berDSSS juga.
Tapi teruja tu, teruja jugak kan. Ilmu tetap kena ada. Sebelum saya terus melompat nak semberono ikot orang berDSSS, saya join dulu grup di Facebook. Banyak betul tips dan ilmu yang dikongsi di grup tersebut.
Perkara pertama yang senang nak faham ialah portion makanan tu yang menunjukkan ianya SUKU SUKU dan SEPARUH. Sukatan nasi putih yang sangat sedikit (mengikut besar gengaman tangan kita. Bukan genggaman tangan suami ye), sebesar tapak tangan untuk protein, sama ada ayam, daging, ikan atau telur dan akhir sekali lebihkan portion dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jadi, bagi memudahkan orang ramai untuk ikut DSSS ni, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengeluarkan satu panduan pemakanan yang lebih sihat yang dikenali sebagai Pinggan Sihat Malaysia dengan prinsip ‘suku-suku separuh’ seperti gambar di bawah :

Bila jumpa gambar ni, senang nak faham nak makan apa supaya mudah nak DSSS. Lagipula, diet ni bukan hanya untuk kurus, yang paling penting ianya untuk memastikan kita menjadi lebih sihat. Mudah-mudahan dapat membantu menghindarkan orang ramai daripada penyakit yang berisiko seperti diabetes, darah tinggi, obesiti dan kolesterol. Dan jangan lupa perbanyakkan air masak, dan kurangkan gula ya.
Apa-apapun, adalah disarankan juga untuk berbincang dan berunding dahulu dengan pakar pemakanan atau doktor untuk mendapatkan pelan yang bersesuaian sekiranya ada mempunyai risiko penyakit yang lain ye. Semoga ianya tidak menjejaskan kesihatan anda.
Jom kawan-kawan, kita amalkan pemakanan yang sihat. Nak kurus, jangan tak makan ya! Makan juga ikut formula kurus : 80% pemakanan 20% senaman. Dan ikutlah panduan yang betul.
Sumber : KKM dan KlinikSabah