Resepi Garlic Bread Ala Pizza Hut

Bahan-bahan

  • Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
  • 2 sudu besar mentega
  • Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
  • 1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara

  1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.
  2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.
  3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.
  4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

Sumber : siraplimau

 

Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut

Bahan-bahan

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
  • sedikit serbuk perasa

Cara-cara

  1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.
  2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.
  3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
  4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.
  5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

 

Sumber : siraplimau

RESEPI CHEESE CORN DOG

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar yang sejuk
  • Keju
  • Cheddar/Mozarella
  • Sosej
  • Serbuk kari
  • Lidi sate
  • Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan telur dan susu segar yang sejuk. Kacau lagi sehingga adunan menjadi rata dan pekat.
  3. Seterusnya, masukkan adunan tadi ke dalam cawan. Ketepikan.
  4. Gulungkan sosej bersama cheddar atau mozarella dan cucuk lidi sate pada bahagian bawah sosej.
  5. Setelah siap sesi gulungan sosej, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Selepas 20 minit, celupkan sosej ke dalam cawan yang berisi adunan tepung tadi dan gulingkan di atas serbuk roti.
  7. Goreng menggunakan minyak panas.
  8. Nak lagi sedap, tuangkan sos dan mayonis di atas Cheese Corn Dog. 
  9. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Hijab

Resepi Kek Batik Lembut

Bahan – bahan:

Kek batik:

  • 600g biskut marie
  • 200g butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Topping atau Ganache:

  • 100g milk compound
  • 100 g dark compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sdb butter
  • 1 sdb golden syrup (optional)
  • 1 sdk hazelnut oil

Double boil kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara – cara memasak:

  1. Masak butter sampai cair, masakkan kek batik guna api kecil sahaja.
  2. Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  3. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
  4. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
  5. Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
  6. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
  7. Tuangkan chocolate ganache yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
  8. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.                                                      sumber : saji.my

Resepi Muffin Pandan

Bahan bahan :

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 1/2 sk garam
  • 120gm gula kaster
  • 200ml santan – guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
  • 100ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste
  • 1/2 sk pandan essence
  • Sedikit pewarna hijau
  • Badam hiris atau apa yg disukai – tabur

Cara memasak :

  1. Panaskan ketuhar pada 190 C. sediakan cawan muffin.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda penaik, gula kaster dan garam.
  3. Dalam mangkuk lain, gabungkan santan, minyak, telur, pandan paste,essen dan pewarna.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sebati dan tuangkan campuran ke dalam cawan muffin, taburkan badam.
  5. Dibakar selama 25-30 minit.

 

Sumber : myresepi

 

Jus Epal Susu

 

Bahan-bahannya:

  • 1 biji epal hijau
  • 1 camca besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Sedikit air dan ais

Cara menyediakan:

  1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).

sumber: Myresepi

Jus Avocado

 

Jus Avocado

Bahan-bahannya :

  • 1 biji buah avocado yang masak ranum
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Sedikit coklat cair (Hershey’s) atau home-made sos coklat
  • Ais

Cara menyediakan:

  1. Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat
  3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair
  4. Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (tambah rasa). Masukkan ais. Siap untuk dihidang.

 

sumber : Myresepi

 

Banana Mango Smoothie Bowl

Bahan-bahannya:
• 3/4 cawan mangga beku
• 2 biji pisang beku
• 1 cawan yoghurt
• 1 sudu besar extra virgin coconut oil
• Strawberi
• Granola
• Bijan hitam
• Kelapa

Cara menyediakan:

1. Kisar mangga beku, pisang beku, youghurt dan extra virgin coconut oil hingga sebati.

2. Hidangkan dengan topping: hirisan strawberi, bijan hitam, granola dan kelapa.

 

sumber: Myresepi

resepi egg drop soup

 

Bahan-bahannya:
• 2 biji telur
•1 sudu kecil tepung jagung
•2 cawan stok ayam
•1 sudu besar minyak bijan
•Tepung jagung (dibancuh dengan air)
• 1 sudu kecil garam
• Daun bawang (jika mahu)

Cara-cara menyediakan:
1. Gaul telur dengan 1 sudu kecil tepung jagung.
2. Di dalam periuk, panaskan stok ayam dan minyak bijan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih.
4. Tuang adunan telur perlahan-lahan dan teruskan mengacau.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Siap untuk dihidang! Tabur dengan daun bawang jika mahu.

 

sumber: Myresepi

resepi salad tembikai

Bahan yang diperlukan :

  • 4 cawan tembikai, dipotong kiub
  • 1 paket stawberi, dibelah empat
  • 1 paket blueberi
  • 1 paket rasberi
  • 1 paket ceri, potong dua
  • ½ paket blackberi
  • Perahan jus lemon

Cara membuatnya:

  • Basuh kesemua buah-buahan dengan bersih.
  • Campur ke dalam mangkuk adunan yang besar.
  • Atasnya ditabur dengan perahan jus limau,secukup rasa. Gaul
  • Nak sedap hidangkan sejuk.

 

sumber : wanista.com