CICT Technology Update : Dell

Program Technology Update ini telah dianjurkan atas inisiatif Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bagi menghebahkan teknologi-teknologi IT, software & hardware terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat luar.

Program ini telah diadakan pada 30 September 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2.

Sesi ini adalah daripada syarikat Dell. Wakil dari pihak Dell telah berkongsi pelbagai jenis model baru berkaitan dengan notebook/laptop terkini beserta dengan aksesori yang canggih. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh wakil syarikat berkenaan.

 

Leave a Reply