UTM Kuliah Dhuha

Kuliah Dhuha ini dianjurkan oleh Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) yang diadakan pada 22 September 2019 pada pukul 8.30 pagi bertempat di Smart Classroom, Blok D02, Sekolah Kejuruteraan Awam.

Penceramah Kuliah Dhuha tersebut adalah Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Beliau juga merupakan penulis terkenal yang telah menghasilkan banyak karya seperti Travelog Haji, Meniti Masa Berbaki, Bersyukur Saat Diuji, Nota dari Madinah, Beri Dua Minit dan lain-lain.

Beliau banyak berkongsi pengalaman hidup & tips untuk menghadapi cabaran hidup. Setiap nukilan beliau & isteri adalah berdasarkan perjalanan hidup beliau sendiri & beliau menceritakan setiap hikmah apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah swt semata-mata.

 

Leave a Reply