Category Archives: Trip

Trip: Zoo Johor

Sempena cuti Hari Krismas, bolehlah jalan-jalan tengok bermacam haiwan dekat Zoo Johor @ Johor Safari Park, bertempat di Jalan Gertak Merah.

Dengan harga tiket yang sangat murah. Dewasa: RM2.00 & Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas RM1.00. Zoo dibuka bermula pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

Trip : Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Bird Park adalah bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Waktu dibuka adalah pada setiap hari bermula dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Hari dibuka termasuklah cuti umum & cuti sekolah.

Yuran kemasukan adalah seperti di bawah:

Dewasa (Standard)           RM 63.00
Kanak-kanak (Standard)           RM 42.00

Dewasa (MyKad)       RM 25.00
Kanak-kanak (MyKid)        RM 12.00

*Kanak-kanak berumur dari 3 – 11 tahun.

Terdapat pelbagai jenis burung yang unik & susah ditemui & jarang dikenali terdapat di sini. Kita juga berpeluang memberi makan kepada burung-burung tersebut.

Trip : Nu Sentral Di Hari Merdeka

nu sentral

Nu Sentral terletak di dalam bandaraya Kuala Lumpur. Merupakan pusat membeli belah ‘transit consumer’ pertama di negara kita. Terdapat pelbagai barangan yang dijual termasuklah pakaian, makanan, aksesori, perhiasan, cenderamata dan lain-lain.

Di sini juga selalu diadakan pelbagai aktiviti, penganjuran, majlis dan sebagainya.

Trip : Mekah & Madinah

Pernah dengar kata-kata sebegini? ‘Sebelum pergi melancong ke sana sini di dalam negara mahupun luar negara, sementelah serata dunia, mulakanlah dengan menziarahi rumah Allah SWT & Rasulullah SAW. Tidakkah kita berasa malu untuk menghabiskan belanja, masa & kesempatan yang ada dengan memulakan dengan ibadah yang disarankan oleh agama terlebih dahulu?’

Dek kerana itu, dengan rezeki jemputan dari Allah SWT, dapatlah kami ke sana untuk menunaikan umrah. Teruja, bersyukur, sangat seronok kerana kami dapat menikmati nikmat berada di sana.

Perjalanan & tempoh keberadaaan kami di sana adalah lebih kurang 12 hari. Kami juga berpeluang memasuki Raudhah Rasulullah SAW walaupun sekejap saja.

Alhamdulillah, semoga kita semua dijemput Allah SWT untuk ke sana, InsyaAllah.