{"id":445,"date":"2018-12-11T06:27:20","date_gmt":"2018-12-11T06:27:20","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/?p=445"},"modified":"2018-12-12T08:27:03","modified_gmt":"2018-12-12T08:27:03","slug":"motivasi-puteri-rasulullah-saw","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/2018\/12\/11\/motivasi-puteri-rasulullah-saw\/","title":{"rendered":"Motivasi : Puteri Rasulullah SAW"},"content":{"rendered":"<p class=\"separator\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-LEmRf4Mb4O0\/TkH9e1hvesI\/AAAAAAAAAnU\/EMsr-9xKxfo\/s200\/hhhh.jpg\" width=\"200\" height=\"197\" border=\"0\" \/><\/p>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW.\u00a0<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Tertitis air matanya, berdukalah baginda.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Itulah\u00a0Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, &#8220;Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.&#8221; (Hadis Riwayat Abu Hurairah)<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah.\u00a0Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Suami mana yang tidak sayangkan isteri.\u00a0Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Terima kasih suamiku,&#8221;<\/span> <span class=\"Apple-style-span\">bisik Fatimah pada suaminya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Lalu ditanya oleh baginda, <\/span><span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.&#8221;<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Dalam nada sayu Fatimah berkata,<\/span><span class=\"Apple-style-span\"> &#8220;Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?&#8221;<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur,<\/span> <span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita.&#8221;<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata,<\/span> <span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?&#8221;<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Tentu sekali ya Rasulullah,&#8221;<\/span> <span class=\"Apple-style-span\">jawab Siti Fatimah kegirangan.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Rasulullah SAW bersabda :<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">&#8220;Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca &#8216;Subhanallah&#8217; sepuluh kali, Alhamdulillah&#8217; sepuluh kali dan &#8216;Allahu Akbar&#8217; sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca &#8216;Subhanallah&#8217;, &#8216;Alhamdulillah&#8217; dan &#8216;Allahu Akbar&#8217; ini sebanyak tiga puluh tiga kali.&#8221;<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\">\n<p><span class=\"Apple-style-span\">Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\"><\/div>\n<div style=\"text-align: center\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW.\u00a0 Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah. Itulah\u00a0Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":14425,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[14],"tags":[],"class_list":["post-445","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-motivasi-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/users\/14425"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=445"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/445\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/didiekamila\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}