Berderau ! Ke UTM Skudai Johor Bahru sendirian

26/2/2019 Selasa : Hari ini adalah hari untuk aku ke UTM Skudai Johor Bahru berseorangan ! Tujuan aku kesana adalah diatas tuntutan kerja yang mengharuskan aku untuk wajib hadir dek kerana skop kerja aku sebagai Staf UTM di Kuala Lumpur.

Tak bersemangatnya aku rasa untuk pergi kesana. Berat rasa hati untuk meninggalkan KL , mana tidaknya, dalam kepala ini hanya seronok memikirkan tentang hari penting aku hanya lagi 2 minggu. hehehe

Berbalik kepada tajuk besar diatas tu. “KE UTM SKUDAI BERSEORANGAN” ! kenapa pulak kena pergi sendiri ? bukan selalu kalau berkursus akan ada yang menghantar dan mengambil pulang ?. Haih.. itu lah silap nya aku. pada awal mendapat tawaran untuk mengikuti kursus ini , aku hanya mengambil hal ini sambil lewa serta memikirkan pihak pengurusan pejabat akan menguruskan tentang hal perjalanan. Tetapi, tidak rupanya , aku yang harus membuat tempahan kenderaan sendiri. aku yang seharusnya membuat tempahan bilik hotel di Scholar’s Inn UTMJB sendiri dan akhirnya…aku terkontang kanting tak tahu bagaimana. Besok sudah mau berangkat ni ­čś«

Tetapi , Allah itu sentiasa akan mempermudahkan perjalanan seorang Hambanya. Aku telah dibantu dengan seorang staf UTMKL dari pejabat UTM International yang bernama Norfazliana binti Jaafar. Haih lah terima kasih sangat dah berkongsi dari A-Z untuk tempahan kenderaan , tempahan bilik Hotel dan semua keperluan yang kena ada kesana dan semasa disana. Thank you !

 

Bersambung……

P/s: tengah belajar dgn HJ Sharul nk buat Page. sat na