Mencegah itu lebih baik daripada merawat – Jangan biarkan STRES menguasai diri anda !

Sumber grafik: https://www.negozioterminus.it/2019/11/04/corso-di-formazione-lavoratori-stress-lavoro-correlato-on-line/

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 menunjukkan bahawa prevalen kesihatan mental masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas ialah 29.2%, iaitu anggaran 4.2 juta. Hal ini bermakna, seorang dalam 2 orang dalam masyarakat Malaysia mengalami isu kesihatan mental (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2015). Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 yang berikutnya telah mendedahkan bahawa seorang daripada 5 orang generasi muda mengalami kemurungan daripada kira-kira 5.5 juta remaja (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017). Seorang remaja daripada 10 remaja pula dilaporkan mengalami tekanan perasaan.

Penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa gangguan kesihatan mental boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang individu.  Hakikatnya, tekanan yang berlarutan dan tidak dikawal boleh menjejaskan kesihatan mental individu.

Oleh itu, pengurusan tekanan amat penting dalam kehidupan setiap individu, termasuklah diri kita agar tidak terdedah dengan gangguan mental  seperti kemurungan, kebimbangan, dan sebagainya, seiring dengan pepatah yang menyebut,  “Mencegah itu lebih baik daripada merawat”.

About drmastura

Associate Professor in Faculty of Social Sciences and Humanities, UTM
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *