Kamarul Azmi Jasmi 09/16/15
Perkataan adab daripada kalimah bahasa Arab, iaitu Ta’dib. Kalimah ini pula berasal daripada dua kata akar, iaitu (أَدُبَ يَأْدُبُ أَدَبًا) yang bererti santun, beradab, dan sopan. Sedangkan kata akar yang lain pula ialah (أَدَبَ يَأْدِبُ أُدْبًا) atau(آدَبَ يُؤَادِبُ إِيْدَابًا) kedua-dua perkataan ini bermaksud memperbuat jamuan (makanan) (Ibn Manzur, 1997; Al-Marbawi, 1935; Duzi, 2000; ‘Umar, 2008; Abu Habib, 1993). Kedua-dua kata akar ini membentuk perkataan (أَدَّبَ يُؤَدِّبُ تَأْدِيْبًا) yang bermakna mengajar beradab, melatih, dan menyiksa. Perkaitan antara perkataan ta’dib diambil daripada perkataan kata akar yang bermaksud memperbuat jamuan makanan dilihat sangat jauh perkaitan. Namun jika diamati secara mendalam sebenarnya kedua-dua perkataan tetap menjurus kepada budi pekerti yang baik dan sopan. Hal ini kerana jamuan kenduri makan atau seumpamanya mempunyai peraturan dan protokol yang dihayati oleh manusia. Oleh itu, bertepatan makna adab pada asalnya sebagai mengajak kepada pembentukan adab dalam kalangan manusia (Jasmi, 2010). Continue reading