Burhanudin Jalal, 09/16/15
Al-din digunakan sebagai suatu istilah yang mencakupi seluruh aspek kehidupan umat, manusia di dunia dan akhirat. Menurut Al-Mawdudi (1991), agama ialah istilah yang mencakupi seluruh aspek kehidupan umat, manusia di dunia dan akhirat yang boleh dilihat dalam tiga bahagian berikut, iaitu kekuatan yang mutlak, pergerakan diri, lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan Allah SWT, serta iman dan amal.
(1) Pergerakan diri, lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan Allah. Firman Allah SWT:
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ ﴿٢﴾ أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ ﴿٣﴾
Maksud: Sesungguhnya Kami turunkan Kitab ini kepadamu dengan membawa kebenaran; maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah adalah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka (dengan orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukanbukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”
(Surah al-Zumar, 39:2-3)
(2) Iman dan amal, iaitu teori dan praktik di bawah kawalan Yang Maha Mutlak Kekuasaannya. Hal ini disebutkan dalam firman Allah SWT:
مَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ٤٠
Maksud: Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia, yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah Yusuf, 12:40)
Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga berfirman:
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ٢٩ فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ٣٠
Maksud: Orang yang zalim itu tidak berfikir, bahkan menurut hawa nafsu mereka melakukan syirik dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang disesatkan oleh Allah, dan tiada bagi mereka seorang penolong pun. Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah al-Rum, 30:29-30)
Kedua-dua perkara ini memberikan penjelas akan bahawa agama merupakan satu cara hidup yang sempurna yang menjadikan Allah SWT tempat tunduk dan ibadat serta berdoa kepadanya. Manakala kehidupannya pula adalah dengan mengikuti cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah SWT selaku kekasih Allah SWT.
RUJUKAN
Mawdudi, Abu al-A‘la. 1985. Asas-asas Islam. Terj. H. O. K. Rahmat. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Mawdudi, Abu al-A‘la. 1991. Let us be muslim. Leicester, U. K.: Dawah.