Ensiklopedia Pendidikan Islam (EPI) ini pada asasnya dimulakan dengan pembangunan laman web pada Januari 2015. Tapak web EPI ini merupakan laman web untuk para sarjana mendaftar entri penting Pendidikan Islam yang ditulis dalam bentuk artikel akademik untuk dijadikan rujukan kepada semua pensyarah, guru, pelajar, dan orang awam.
Laman web EPI ini dibangunkan oleh Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Penghasilannya merupakan inisiatif bagi membangun dan memantapkan bidang Pendidikan Islam di Malaysia.
EPI ini sudah didaftarkan ISBN untuk Edisi Pertama 2016 untuk mendokumentasikan segala entri yang dimasukkan ke tapak web EPI untuk sepanjang tahun pada 2015. Kini EPI 2017 juga sudah didaftarkan bagi Edisi Kedua 2017 bagi mendokumentasikan entri Pendidikan Islam sepanjang 2016 dan 2015 yang sudah diterbitkan. Entri yang diletakkan di web Ensiklopedia Pendidikan Islam beralamat: http://aies.org.my/ensiklopediaPI/.
Cetakan berdasarkan permintaan dilakukan sebagai asas kepada penerbitan EPI ini serta penyebaran terbitannya. Terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang artikel pada tahun 2015 dan 2016. Semoga perkongsian pengetahuan yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah SWT.