Select Page

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikutan kejayaan pada Klinik Blog Staf CSNano (Siri I) yang telah diadakan pada tahun 2019, pengurusan CSNano telah mengadakan kesinambungan untuk Klinik Blog Staf CSNano (Siri II) yang diadakan mulai sesi 1 (7 Oktober 2020) hingga sesi 8 (25 November 2020) bertempat di Pejabat Pengurusan CSNano, aras 4, T02, UTM Johor Bahru. Fasilitator program telah dikendalikan oleh En. Noranizam bin Demin (Pen. Pegawai IT CSNano).

Sepanjang Klinik Blog CSNano (Siri II) dijalankan, kami telah didedahkan tentang cara-cara untuk menghasilkan dan memuat naik E-book serta Youtube Chanel ke dalam blog. Pautan e-book adalah online.fliphtml5.com. 

Pengarah CSNano, PM ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam bin Nik Malek amat mengalakkan supaya program ini diadakan secara berterusan agar semua staf dapat mencapai matlamat program sebagaimana berikut:

1-  Mewujudkan keperluan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, dinamik dan profesional sesuai dengan keperluan universiti.
2-      Meluaskan perkembangan dan kemahiran kerjaya staf.
3-   Membantu pengurusan untuk mencapai matlamat universiti untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan  akademik.
4-      Meningkatkan kemahiran staf dalam menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan WordPress.

Dukacita dimaklumkan kelas kami hanya dapat diadakan sebanyak tiga sesi sahaja (7hb, 14hb dan 21hb Oktober 2020) berikutan pandemik Covid19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas Negeri Johor pada bulan November 2020.  

Walau bagaimanapun, staf CSNano tetap komited dalam menghasilkan penulisan blog masing-masing dan menunjukkan perkembangan yang baik dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, pengurusan CSNano merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan program pada kali ini.