Select Page
PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 60/2020
PELANTIKAN NAIB CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia melalui surat di bawah rujukan: JPT.S(G)2000/021/011/03 Jld. 4 (6) bertarikh 16 Disember 2020. Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023 selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia.

2.     Sehubungan dengan itu, seluruh warga Universiti diminta memberi kerjasama dan sokongan padu kepada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail untuk membantu beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Naib Canselor dalam memartabatkan Universiti ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

 

Sila layari http://registrar.utm.my/circular/ atau klik pada pautan link dibawah untuk mendapatkan pekeliling berkaitan.
 

Sekian, terima kasih.

____________________________________________________

Department of Registrar,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia