Select Page

Assalamualaikum dan Hi !

Coretan pada kali ini adalah mengenai Majlis Apresiasi PERMATA Fakulti Sains 2020 (PERMATA) yang telah diadakan pada 22 Disember 2020 melalui platform Webex iaitu mengikut norma baharu sebagaimana saranan kerajaan. Majlis telah diadakan secara maya memandangkan majlis keramaian secara fizikal masih tidak dibenarkan disebabkan pandemik COVID19 yang melanda pada masa ini.

Tujuan majlis apresiasi ini diadakan adalah untuk meraikan semua staf Fakulti Sains termasuk staf yang telah berpindah mahupun bersara. Walau pun majlis terpaksa diadakan secara maya dan adakalanya terdapat masalah capaian internet, tetapi sambutan dari semua staf Fakulti Sains yang terdiri daripada staf akademik dan PPP amat mengalakkan serta meriah dengan kehadiran ramai melalui platform tersebut.

Majlis pada kali ini telah mengangkat tema “Masquerade” sebagai  tema pilihan dan ramai staf telah ikut serta dengan menggayakan pelbagai masquerade yg menarik. 

Alhamdulillah, untuk tahun 2020 ini aku masih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di peringkat fakulti. Semoga kejayaan pada kali ini menjadi pemangkin semangat untuk aku memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Mana tahu selepas ini dapat rezeki untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di peringkat universiti pula. Aaminnn ya Allah. 

 

Dalam kemeriahan majlis apresiasi ini turut diadakan hadiah bagi cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua staf. Alhamdulillah rezeki juga pada kali ini kerana nama aku telah diumumkan sebagai salah seorang penerima hadiah bagi cabutan bertuah tersebut iaitu sebuah bantal tidur. HAHAHA.. Betul-betul durian runtuh kerana sebelum ini aku memang ada niat mahu membeli bantal baharu.

Semoga kejayaan majlis pada kali ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Sekian untuk coretan kali ini.