Select Page

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca.

Tahun 2020 telah meninggalkan kita dengan banyak coretan tersendiri. Pelbagai kisah suka dan duka menjadi penguat semangat untuk bangkit dengan lebih gagah meniti hari demi hari menjalani kehidupan sepanjang tahun 2021 ini.

Pandemik COVID19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini telah memasuki usia setahun dan menjejaskan kesihatan awam serta sektor ekonomi. Secara tidak langsung, kita juga mula terbiasa dengan kehidupan norma baharu yang disarankan oleh pihak kerajaan bagi kepentingan kesejahteraan awam.

Sepanjang tempoh tahun 2020 yang lalu telah mengajarkan kita tentang erti kesabaran, kecekalan dan pengorbanan. Hampir semua pihak terkesan dengan wabak COVID19 ini kerana ramai orang hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Paling menyedihkan apabila kehilangan orang-orang yang disayangi disebabkan wabak penyakit tersebut,

Semoga dengan kehadiran tahun 2021 ini membawa lebih banyak kegembiraan dan dipermudahkan segala urusan kita semua. Diharap wabak COVID19 ini juga cepat beransur hilang dan sektor ekonomi dunia kembali pulih.