Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan urusan Perisytiharan Harta bagi tahun 2021. Semua staf dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun dan dikira berdasarkan tarikh terakhir Perisytiharan Harta dibuat.
Ketua Jabatan juga bertanggungjawab memastikan semua staf membuat perisytiharan harta sepertimana yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, semua staf perlu mematuhi tarikh penghantaran Perisytiharan Harta bagi membolehkan permohonan Perisytiharan Harta dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib (Perisytiharan Harta) yang telah ditetapkan.
Bersama – sama ini dilampirkan poster untuk edaran dan hebahan di PTJ/ Fakulti masing – masing.
Recent Comments