السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera / Warm Greetings.
YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,
PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 53/2021
PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) pada 6 Disember 2021 mengambil maklum mengenai dasar Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 1 Disember 2021.
2. Sehubungan dengan itu, seluruh warga Universiti adalah diminta untuk mengambil maklum mengenai ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia yang terkini sebagaimana seperti berikut:
a) Semua pegawai adalah digalakkan untuk memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis.
b) Pemakaian pakaian batik Malaysia juga adalahdigalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam atau di luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing.
c) Ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia adalah tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.
- Sehubungan dengan itu, seluruh warga Universiti adalah diminta untuk mengambil maklum mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ini dan Pekeliling Pentadbiran Bil. 53/2018 berhubung Pemakaian Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5 Tahun 2018 adalah masih terpakai.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Sumber : Jabatan Pendaftar UTM
Recent Comments