Select Page

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Klinik Blog CSNano bagi Disember 2019 telah kembali untuk sesi seterusnya. Lanjutan program ini telah diadakan pada 2 Disember 2019 dan akan berakhir pada 23 Disember 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Dekan, aras 2, T05, UTM Johor Bahru. Fasilitator program masih dikendalikan oleh En. Noranizam bin Demin yang banyak berkongsi ilmu pengajaran kepada semua staf CSNano berkenaan blog.

Melalui perkongsian ilmu pada kelas kali ini, kami telah diberikan penerangan lebih terperinci bagaimana cara untuk menjadikan medium blog menjadi lebih menarik melalui kreativiti yang dihasilkan. Setiap posting dalam penulisan blog adalah menyumbang kepada pemarkahan e-LNPT bagi staf UTM sebagai sumbangan Webometrik. 

Objektif program Klinik Blog CSNano ini adalah seperti berikut:

1-      Mempertingkatkan kemahiran dan pembangunan staf.
2-      Memberi latihan penggunaan WordPress dan DIVI themes kepada staf.
3-      Menggalakkan perkembangan bahasa melalui penulisan blog.

Pengarah CSNano, Prof. Madya ChM. Dr Nik Ahmad Nizam bin Nik Malek telah mengalakkan supaya Klinik Blog ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana setiap staf telah menunjukkan perkembangan positif dalam penghasilan blog peribadi masing-masing. 

Semoga kejayaan Klinik Blog pada masa ini memberi inspirasi kepada semua staf CSNano untuk menghasilkan karya penulisan yang baik dan bermanfaat.