Assalamualaikum dan Hai semua !
Aku mula melangkah ke Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) yang terletak di Kuala Lumpur sebagai seorang pelajar pada 12 Jun 2010 dalam bidang Syariah.
Sepanjang 3 tahun pengajian di sini, pelbagai kisah suka dan duka aku tempuh untuk mengenggam segulung Diploma. Awalnya, aku ragu-ragu memandangkan aku tak pernah berpisah dengan keluarga di tambah pula jarak yang jauh dari Johor Bahru – Kuala Lumpur, tapi atas dasar nekad nak menuntut ilmu, aku bulatkan niat.
Bulan pertama homesick teruk dan kalau boleh, setiap minggu nak balik Johor Bahru. Tapi sebab kos sara hidup kat Kuala Lumpur agak tinggi, kurungkan niat jela nak balik setiap minggu tu. Balik pun pada setiap cuti yang agak panjang atau cuti perayaan.
Seiring berjalannya waktu, aku sudah mulai terbiasa dengan keadaan sekeliling dan kehidupan di Kuala Lumpur juga perlu pandai membawa diri. Jika kita salah bergaul, maka terjebaklah kita ke dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah, sepanjang tempoh pengajian, aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik dari pelbagai negeri di Malaysia sekaligus aku banyak belajar perkara dan pengalaman baru.
Semoga ilmu yang ditimba sepanjang tempoh 3 tahun memberi manfaat sepanjang kehidupan ini.
Convocation Day 14 Dec 2013
– di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang
Rindu zaman belajar
Maaf nak tanya cik ambik diploma syariah kat ktac subjek2 semua dalam bahasa arab ke
2010-2013 keseluruhan bahasa melayu kecuali subjek Bahasa Arab. Untuk tahun semasa saya tak pasti, rasanya masih Bahasa Melayu.