Select Page

Assalamualaikum and Hai !

Posting kalini aku nak cerita pekerjaan pertama aku walaupun hanya sebagai pelajar praktikal. Semester 1 – 5 adalah tempoh pengajaran. Manakala, semester 6 pula adalah tempoh untuk latihan industri.

Selepas aku mendaftarkan diri untuk pengajian dalam bidang Syariah, aku terus pasang azam iaitu suatu hari nanti aku akan membuat latihan industri di Jabatan Kehakimah Syariah Negeri Johor, Mahkamah Syariah Daerah Johor Bahru.

Alhamdulillah, Ustaz Mahfuzan maklumkan permohonan aku dan sahabat aku, Salmiati untuk menjalani latihan industri telah diluluskan untuk semester 6.

14 Januari 2013, kami telah melaporkan diri ke Mahkamah Syariah Daerah Johor Bahru. Aku telah ditempatkan di Bahagian Pendaftaran manakala Salmiati pula di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Pelbagai kisah dan pengalaman berharga aku perolehi sepanjang menjalani latihan industri di sini. Aku belajar banyak mengenai undang-undang dan kehakiman syariah sekaligus aku belajar ragam dan karenah manusia. 

Sepanjang aku ditempatkan di bahagian pendaftaran, setiap hari akan ada pasangan yang akan mendaftarkan perceraian. Sangat menyedihkan kerana statistik perceraian di Johor Bahru antara yang paling tinggi di Malaysia. Kebanyakkan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes perceraian adalah kecuaian dalam memberi nafkah zahir dan batin serta gangguan dari pihak ketiga dalam rumah tangga. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai kes syariah yang didaftarkan pada setiap hari contohnya seperti kes wali hakim, faraid, hak jagaan anak (hadhanah) dan lain-lain lagi.

Aku juga berpeluang untuk menguruskan perbicaraan kes di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah termasuk untuk kes jenayah syariah. Pengalaman yang sangat berharga dan staf mahkamah juga sangat membantu dan “sporting”. 

Mudah-mudahan dengan pengalaman yang aku dapat ini dapat membantu aku untuk lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang.