Select Page
Contoh QR Code MySejahtera

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,
 

PEMAKLUMAN : PENGGUNAAN QR CODE MYSEJAHTERA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Susulan peningkatan kes harian Covid-19 di beberapa kawasan di negeri Johor dan Kuala Lumpur khususnya, QR Code MySejahtera akan digunapakai di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi membendung penularan virus ini dalam kawasan Universiti.

2.       Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara adalah dipohon untuk mengimbas QR Code yang telah disediakan setiap kali mengunjungi mana-mana tempat di dalam kampus.

3.     Untuk makluman, terdapat tiga (3) kategori QR Code telah diwujudkan dan dibezakan mengikut kategori warna seperti di bawah. QR Code bagi staf menggunakan kertas berwarna biru, pelajar (merah jambu) dan pelawat (putih).

4.     Staf bertanggungjawab mengimbas QR Code di pejabat masing-masing dan memastikan pelajar dan pelawat yang hadir untuk mengimbas QR Code MySejahtera.

 

Sekian, kerjasama seluruh warga Universiti dalam memutuskan rangkaian Covid-19 amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Department of Registrar,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia