Select Page

Perhubungan jarak jauh pada lazimnya menyukarkan pasangan untuk berjumpa pada setiap masa terutamanya bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. ‘PJJ’ di alam perkahwinan dilihat sebagai sesuatu yang mencabar dalam hubungan rumah tangga kerana mahligai perkahwinan yang seharusnya dilayari bersama seakan terpisah kerana faktor pekerjaan luar kawasan, jarak dan tempoh masa tertentu.

Pasangan suami isteri yang ‘PJJ’ biasanya memerlukan kekuatan dan sokongan mental yang kuat untuk melayari rumah tangga kerana terdapat pelbagai cabaran seperti kerisauan dan kerinduan antara satu sama lain.

Berikut adalah 10 tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dalam hubungan jarak jauh iaitu :

  1. Sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan dan hubungan diredhai oleh Allah s.w.t.
  2. Saling meletakkan dasar kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan dan jangan terlalu mengikut perasaan cemburu buta.
  3. Menjalankan tanggungjawab walau pun berjauhan terutama dari segi nafkah.
  4. Setia dan jujur.
  5. Sentiasa berkomunikasi.
  6. Meluahkan perasaan antara satu sama lain.
  7. Bertemu janji pada masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai.
  8. Memberikan hadiah dan kejutan ketika tarikh-tarkh penting seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.
  9. Mewujudkan persefahaman dan tolak ansur.
  10. Jangan mengongkong.